Sangat Power! Cara DIY Pati Semburan Kawalan Serangga Organik 3 Bahan, Selamat & Jimat

Bagi anda yang suka berkebun di rumah, serangga perosak musuh utama. Tak perlu baja kimia, anda boleh DIY pati semburan kawalan serangga organik yang lebih selamat dan menjimatkan.

Agronomist, Azuan Abdullah berkongsi cara menghasilkan larutan sembur untuk menghapuskan musuh pekebun iaitu afid (aphid), ulat koya (mealy bug), teritip (scale insect) dan lalat putih (whitefly) yang menyerang tanaman.

“Petang ni kita proses lagi kawalan serangga secara organik. Malam nanti baru kita spray kat pokok.

“Kali ni kita buat pati stok untuk 500 ml air,” kongsi Azuan.

Mudah sahaja, hanya menggunakan bahan yang ada di dapur anda boleh hasilkan pati semburan kawalan serangga organik sendiri. Berikut langkah-langkahnya:

Bahan-bahan

32 gram cili api
32 gram halia
63 gram bawang putih
500 ml air (dibahagi tiga)

Cara penyediaan:

1-Kisar cili api, halia dan bawang putih secara berasingan dan tapis. Gunakan 500 ml air sahaja untuk mengisar ketiga-tiga bahan ini.

2-Apabila siap ditapis, baru campurkan ketiga-tiga pati tersebut.

3-Tuangkan ke dalam botol dan simpan.

4-Apabila hendak digunakan, ambil 30 mililiter (ml) pati tersebut dan campurkan dengan 1 liter air.

5-Untuk fungsi yang lebih ‘padu’, tambahkan 5 ml minyak tanah untuk setiap satu liter air.

6-Semburkan pada bawah daun tanaman.

“Afid, thrip, lalat putih dan hamama memang takut sangat dengan pati ni. Pendek kata, kena sahaja semburan terus pecah perut empat ‘beradik’ ni,” kongsi Azuan tentang pati semburan kawalan serangga organik itu.

Selamat mencuba!

Sumber FB  Azuan Abdullah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.